Sunday, June 7, 2015

Deposit dan Kos


Seperti kami dulu, semasa membeli rumah pertama, kos yang bermain di dalam kepala hanyalah 10% downpayment. Bila dah mula proses, terkejut beruk bila dapat tau ada kos-kos yang lain turut terlibat seperti kos guaman SPA dan sebagainya.

Sehingga ke hari ni, masih ramai juga yang beranggapan sedemikian. Kami ingin berkongsi mengenai prosedur biasa di sini dan bukannya kaedah "Tanpa Modal" kerana ianya bergantung kepada faktor-faktor tertentu yang lain.



Paling mudah yang selalu kami kongsikan dengan pelanggan-pelanggan kami ialah perlu sediakan 15% modal awal daripada harga rumah yang ingin dibeli. Pecahannya pula akan jadi begini -

10% - Deposit Rumah
5% atau kurang - kos guaman SPA & loan,transfer,registration,valuation, dll.

5% itu merupakan anggaran maksimum modal yang perlu kita ada disamping duit deposit yang perlu untuk pembelian sesebuah rumah. Macam mana nak adakan tu ada pelbagai kaedah dan teknik. Salah satunya ialah dari duit simpanan KWSP kita.

Jadi ingat yea..perlu ada 15%. Tapi kadang-kadang tu kalau ada 5% pun dah cukup !
Nak tahu ?...heh..heh..rahsiaaaaaaa....

No comments: